Pengantin Kangkang Gimik ‘2.6’ Adalah Pekerja BSN?

No Comments
pengantin 2.6
Telah viral kisah tentang sepasang pengantin yang kononnya mahu membuat kelainan dan mencari populariti murahan apabila bergambar dengan poster yang bertulis ‘Mana Hilang 2.6 Billion?’.
Apa keseronokan melakukan sedemikian pada hari bahagia mereka jika gimik seperti itu yang dibanggakan sebagai sebahagian pengisian hari perkahwinan mereka?
Ramai yang mula tertanya, siapakah mereka?
Menurut sumber, pengantin lelaki gila glamor itu ialah salah seorang ahli dari sebuah parti pembangkang yang bekerja di pejabat parti PKR dan paling menarik ialah status pekerjaan pengantin wanita iaitu dikatakan bertugas sebagai staf di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Ipoh?
Kalau benar ia sebegitu, perlulah diketahui bahawa BSN ialah sebuah bank milikan penuh Kerajaan Malaysia.
Apakah status pekerja bank pun masih keliru tentang isu ini?
Isu Derma 2.6 Billion telah diperjelaskan sebelum ini oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam siasatan dan ia tidak perlu diperbincangkan dengan lengkap kerana siasatan masih dijalankan oleh pihak yang berkenaan masih belum selesai sepenuhnya walaupun setakat ini semua bukti dan keterangan tidak mensabitkan sebarang kesalahan jenayah pada isu yang dihebohkan.
Ia lebih kepada usaha membunuh karektor seorang pemimpin tertinggi parti yang memerintah sahaja.
Kebimbangan yang besar kemungkinan akan berlaku sekiranya seorang yang kuat berpolitik dan ideologinya berteraskan sebuah parti yang sentiasa menggunakan apa jua cara ‘legal & illegal’ untuk mencapai maksudnya dibiarkan isterinya yang mungkin juga aktif sebagai ahli parti yang sama sebagai tanda ketaatan kepada suaminya berada terus menjalankan tugas di sebuah bank milikan kerajaan maka jangan terkejut kalau data-data rahsia pelanggan yang berprofil tinggi akan diseludup keluar dan mungkin dijual sebagai peluru untuk menembak individu yang menyimpan di bank berkenaan.
Apakah BSN yang disebut sebagai majikan yang membayar gaji kepada pengantin perempuan yang sengaja memilih cara glamor ini tidak bimbang serta risau kalau data bank dicuri atau disalurkan keluar tanpa kebenaran pihak pengurusan kelak?
Sepatutnya BSN menyiasat dakwaan mengenai kemungkinan pengantin ini bertugas di bawah bank kendaliannya agar sebarang kemungkinan pengeluaran maklumat secara haram akan berlaku kerana pengkhianatan yang tidak mustahil dilakukan oleh mereka yang berat sokongan kepada pembangkang kerana sampai waktu simpati mereka tak ragu-ragu untuk mengkhianati majikan dan kerajaan sendiri.
Ini pun bukanlah satu perkara yang baru dan belum pernah terjadi.
Bukan sedikit catatan dan rekod jenayah yang dilakukan oleh petugas di bank yang khianat mencuri maklumat sulit ketika mereka berada di bank.
Ada yang mengambil kesempatan menjual maklumat kepada pihak ketiga untuk mengaut untung segera. Oleh yang demikian, adalah diharapkan BSN mengambil tindakan segera tanpa perlu menunggu ia benar-benar terjadi kalau dibiarkan.
Seorang pekerja yang tidak amanah kerana ada ‘self-interest’ akan merosakkan kredibiliti majikannya sendiri. Apa lagi mahu ditunggu BSN?

back to top